24 June 2015

SAH BERCERAI - WAN MAIMUNAH & MAKPOL BERPISAH SEJAK APRIL



Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari!

Peribahasa tersebut bertepatan sekali dengan pelakon Wan Maimunah apabila rumahtangga yang dibinanya bersama Makpol Saimon, 55, seorang pengusaha kedai makan Kacang Pol berakhir di tengah jalan sejak April lalu.

Menurut Maimunah, kisah terperinci punca berlakunya perceraian antara mereka enggan dikongsikan kerana ingin menghormati keputusan bekas suaminya yang enggan perkara itu disebarkan.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai kes perceraian kami, lagi pun lebih baik jika ditanya kepada pihak sebelah sana (bekas suaminya). Saya bimbang perkara ini diperbesarkan.

"Apa yang boleh saya katakan semua itu kuasa Allah, hanya Allah yang maha mengetahui segala yang berlaku," ujar Maimunah dipetik sebagai berkata.

Kami berharap Maimunah tabah menjalani segala dugaan kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.





         ________________________




No comments: