Marsha Milan Londoh, 30, menegaskan bahawa dirinya berpuasa di bulan Ramadan bukan kerana dipaksa oleh kekasihnya yang merupakan seorang lelaki muslim berusia 28 tahun.
Ini kerana dia sudah mula berpuasa sejak 4 tahun lalu di bulan Ramadan demi menghormati rakan-rakan yang beragama Islam yang sentiasa bersamanya.
"Sebenarnya saya sudah lama mula berpuasa di bulan Ramadan. Iaitu sejak saya berhijrah di semenanjung dan kawan saya terdiri daripada orang Islam.
Klik gambar untuk size besar
"Selain mahu menghormati rakan-rakan saya yang beragama Islam, saya suka hendak berpuasa mengikut cara umat Islam lain kerana mahu menurunkan berat badan.
"Ianya tiada kaitan denga kekasih kerana saya kenal dan berkawan dengan dia baru 2 tahun," ujar Marsha dipetik sebagi berkata.
Walaupun Marsha mendalami agama Islam sejak empat tahun lalu tetapi dia belum lagi terfikir untuk menukar agama Kristian yang dianutnya.
"Saya rasa isu agama adalah isu yang sensitif. Memang saya ada belajar tentang agama Islam tetapi itu hanya sebahgaian dan secara general sahaja.
"Buat masa ini saya belum fikir untuk menukar agama,," jelasnya.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment