03 June 2015

TAHNIAH - ISTERI RIZ AMIN SELAMAT LAHIRKAN 'BABY GIRL'



Riz Amin kini telah bergelar bapa apabila isterinya, Sharifah Fazlina Syed Fuad selamat melahirkan bayi sulung perempuan sekitar jam 9.38 malam semalam di Hospital Umra, Shah Alam.

Bayi seberat 2.25 kilogram itu telah diberikan nama Putri Natalia Eryna.

"Saya sendiri cemas menunggu kelahiran anak kami. Saya diberitahu isteri di wad pembedahan berdepan dengan beberapa perkara yang biasa terjadi.

Klik gambar untuk size besar




"Tapi syukur semuanya sudah selamat. Isteri dan anak saya dalam keadaan okey. Saya dan isteri berdoa supaya anak sulung kami ini akan menjadi anak yang solehah, Insya-Allah. Semoga rezeki kami akan terus bertambah dengan kehadiran Puteri Natalia Eryna," ujar Riz dipetik sebagai berkata.

Antara drama lakonan Riz Amin seperti Astana Idaman 3, Manjalara, Emil Emilda, Cindarella, Spa Q, Si Capik, Sutun Kembali Lagi, Hidayah Cintaku serta pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem Sepi dan filem Hindustan, Don 1.



Selain berlakon drama, Riz juga pernah membintangi filem Tanda Putera, 29 Februari, Hantu Kapcai dan sedang menanti tayangan filem Tujuh.

Untuk rekod, Riz dan Sharifah mendirikan rumah tangga mereka pada 15 November 2013.

Sumber: BH Online



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...