Talak antara Awie dan Rozana Misbun, 36, akhirnya gugur selepas wanita itu berjaya mendapatkan tuntutan fasakh secara taklik dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand pada 1 November 2014.
Permohonan tersebut dilakukan di Songkhla kerana itu adalah lokasi mereka bernikah pada 20 Jun 2005.
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi isteri Awie berkuat kuasa 1 November 2014.
Klik gambar untuk size besar
"Bertitik tolak dari kejadian 2 Jun 2014 yang dikemukakan, permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan dan disahkan pihak terbabit," ujar Rozana dipetik sebagai berkata.
Dalam masa yang sama, Rozana Misbuk meminta Awie supaya memenuhi arahan mahkamah untuk menyerahkan anak sulung mereka Putra Ahmad Merrah, 8, yang kini berada bersama Awie kerana hak penjagaan sementara diperoleh Rozana pada 27 Januari lalu.
Dua lagi anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, berada dalam jagaan Rozana.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana dua daripada tiga anak saya kini berada bawah jagaan saya. Insya-Allah saya tidak pernah putus berdoa dan yakin bahawa anak sulung saya iaitu Merrah akan kembali ke pangkuan saya dan adik-adiknya nanti," jelasnya.
Prosiding kes berkenaan yang sepatutnya disambung pada Rabu (hari ini) terpaksa di tangguhkan atas permintaan peguam Awie.
Sumber: mStar
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment