26 June 2015

TOMOK TERKEJUT GAMBAR ANAK TURUT DISIAR DI LAMAN WEB LUCAH



Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, akui tertekan dan terkejut ekoran gambar anaknya Arrianshah Akid, 3, dan Andrashah Iman, 3 bulan, turut dimuat naik di laman web lucah tersebut.

Susulan daripada kes ini, Tomok juga mengambil langkah yang sama seperti Harith Iskander untuk membuat laporan polis serta ke Suruhanjaya Komunikasi & Mutlimedia (SKMM) secepat yang mungkin.

"Saya baru dapat tahu lewat malam semalam, saya dah pun berbincang dengan isteri mengenai tindakan apa yang perlu kami buat, sebagai ibu bapa saya amat terkilan dengan individu yang terbabit dalam penyebaran gambar anak-anak kami.

Klik gambar untuk size besar




"Kes ini adalah berat, tidak boleh dipandang ringan dan saya harap pihak berkuasa kena turut campur tangan dalam hal-hal yang bercanggah dengan norma kehidupan manusia, fedofilia adalah perkara yang menakutkan saya," ujar Tomok dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Tomok juga menyifatkan teknologi yang semakin berkembang telah disalah gunakan, demi kepentingan diri sendiri dan mengaut keuntungan di luar jangka.

"Secara jujurnya, saya memang mengawasi dan mengawal setiap kali gambar yang saya ingin muat naik ke laman sosial, banyak perkara yang saya sudah waspada seperti lokasi, masa dan sebagainya.

"Niat saya baik, kongsi gambar keluarga adalah untuk peminat rasa dekat dengan diri saya, tetapi apabila kes ini berlaku, saya agak sukar untuk memaafkan tindakan mereka yang telibat," jelasnya.







         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...