16 June 2015

UMIE AIDA HARAP RUMAH TANGGA ERMA & BADE DAPAT DIPERTAHANKAN



Datin Seri Umie Aida, 45, berharap kakaknya, Erma Fatima dapat mempertahankan rumah tangganya bersama Bade Azmi dan menyelesaikan kemelut di antara mereka dengan baik.

"Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya. Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekali pun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Klik gambar untuk size besar




"Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu. Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Umie juga berharap agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada Erma dan Bade dalam mengharungi masa sukar tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Saya sendiri ada cuba membuat panggilan dan mesej tetapi tidak dijawab tetapi saya faham Erma perlukan ruang untuk dirinya," ujar Umie.





         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...