16 June 2015

ISTERI EZAD EXIST DISAHKAN HIDAPI PENYAKIT KANSER



Ezad Exist kini sedang dilanda dugaan besar apabila isteri tercinta yang sering berada di sisinya disaat susah mahupun senang Nor Azeana Ramli disahkan menghidap penyakit kanser dan selain turut hamil lima bulan.

"Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi.

Klik gambar untuk size besar




"Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan," ujar Ezad dipetik sebagai berkata.

Walaupun sedang menghidapi penyakit yang agak serius dan berbahaya, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang setelah anak mereka dilahirkan.



Untuk makluman, ketumbuhan Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran usus yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.

Semoga Ezad dan isteri tabah menghadapi ujian ini kerana setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya.









         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...