26 July 2015

4 GAMBAR - SYAIFUL ZERO SELAMAT NIKAH



"Alhamdulillah…. selesai majlis akad nikah my bro @syaiful_zero dgn sekali lafaz, semoga berbahagia selalu dan dimurahkan rezki," demikianlah kata Sharif Zero apabila abangnya, Syaiful Zero selamat disatukan dengan wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy, 27, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, kelmarin (24 Julai).

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat iaitu, Kabil Bin Sazali dengan hanya sekali lafaz.

Syaiful atau mesra dipanggil Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.

Klik gambar untuk size besar




Difahamkan, buat masa ini, Syaiful dan pasangannya masih lagi belum menentukan tarikh yang sesuai untuk majlis bersanding.

Sebelum ini, Syaiful memberitahu beliau terpaksa menangguhkan  tarikh perkahwinan beliau  dari bulan Februari kepada Julai kerana ingin fokus kerjaya selain menghantar ibunya menunaikan haji dan membuat rumah baharu di Kudat. 

Walaubagaimanapun sekitar bulan Jun lalu, rumah mereka di Sabah telah musnah dijilat api  dalam satu kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Tahniah kami ucapkan!









         ________________________




No comments: