14 July 2015

BERAYA DI PENGASIH - ZAMANI AKUI KINI LEBIH TENANG



Mengakui dapat merasai ketenangan setelah mula berubah, Zamani menjelaskan kehidupannya kini semakin pulih sejak menjalani rawatan pemulihan di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), sejak lima bulan lalu.

"Saya dapat rasa ketenangan. Di sini saya mula belajar mengenal diri, agama dan Allah SWT. Dulu saya selalu abaikan solat. Alhamdulillah, sejak duduk di sini (Pengasih), saya pernah melaungkan azan dan menunaikan solat berjemaah dengan penghuni lain," ujar Zamani dipetik sebagi berkata.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Zamani, dia juga sangat bersyukur dan dalam masa yang sama turut gembira apabila orang ramai serta peminat dapat melihat sendiri perubahan positif yang berlaku ke atas dirinya malah melalui peningkatan beratnya sehingga sembilan kilogram.

"Kalau nak berhenti mengambil dadah, sebenarnya dalam tempoh dua minggu rawatan sudah cukup. Apa yang membuatkan tabiat itu sukar dikikis hanyalah kerana mental mendorong kita yang tidak bersedia," jelasnya.



         ________________________




No comments: