29 July 2015

DIDAKWA RUMAH TANGGA BERMASALAH - HANEZ SURAYA ENGGAN ULAS LANJUT



Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, enggan buka mulut apabila perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan dikatakan sedang bermasalah.

Hanez diminta mengulas perkahwinannya dengan Romie yang dikatakan sedang dilanda masalah sehingga menyebabkan dia meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status bergambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Hanez, tiada apa perlu diperjelaskan berhubung dakwaan berkenaan selain dia perlu menghormati suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

Klik gambar untuk size besar




"Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka.

"Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.

"Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah," ujar Hanez dipetik sebagai berkata.



Menurut Hanez, dia tidak mahu dan juga bimbang jika komen yang dikeluarkannya berhubung dakwaan berkenaan akan disalah anggap oleh sesetengah media sekaligus akan menimbulkan masalah lain pula. Malah pelakon itu kini mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Hanez kini yang sudah masuk empat bulan hamil berharap peminat mendoakan kesihatan dia dan juga bayinya menjelang hari kelahiran.

Untuk rekod, Hanez dan Romie mendirikan rumah tangga pada 14 Mac lalu dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Putra.









         ________________________




No comments: