29 July 2015

ATAS PERMINTAAN BAPA - MIMI ONE NIKAH MEI LALU



Melalui Harian Metro hari ini, penyanyi Kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 28, mengesahkan bahawa dirinya sudah bernikah dengan lelaki pilihannya, Mohd Firdaus Hajar, 29, sejak 16 Mei lalu.

Menurut Mimi, dia terpaksa menyembunyikan perkara itu daripada pihak media kerana belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapanya Norhisham Nasir yang ketika itu tidak mengizinkan.

"Saya minta maaf. Ketika itu saya belum bersedia ditambah dengan keadaan kesihatan bapa tidak mengizinkan. Keputusan untuk bernikah segera adalah permintaan ayah. Mengikut perancangan asal, majlis sepatutnya berlangsung pada November depan," ujar Mimi dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Apa yang menyedihkan, selepas 12 hari mereka bernikah, bapa Mimi meninggal dunia akibat barah hati dan pendarahan dalam perut pada 28 Mei lalu.

Tambah Mimi, sehingga hari ini dia dan suami masih belum menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana tidak tinggal sebumbung.

Mimi dan Firdaus bakal melangsungkan majlis persandingan pada 7 November ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Untuk rekod, mereka bertunang awal tahun lalu yang juga dilakukan tanpa pengetahuan ramai termasuk pihak media.







         ________________________




No comments: