29 July 2015

8 GAMBAR - NEELOFA DITEMANI JEJAKA KACAK DI KOTA LONDON?



Bukan hanya Dato' AC Mizal sekeluarga bercuti ke London, malah Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor juga bercuti ke sana bagi memastikan perniagaan tudungnya berjaya dan cukup dikenali di seluruh dunia.

Walaupun baru-baru ini video Neelofa dalam 'Naelofar Hijab's Raya Collection' dikritik netizen namun Neelofa tetap positif dan jadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuknya terus berjaya.

Naelofar Fantasia Raya 2015 (Video Jelita Neelofa Dalam 'Naelofar Hijab's Raya Collection') telah menggunakan model kacak dan telahpun dikaitkan mereka berdua mempunyai hubungan mesra.

Klik gambar untuk size besar




Salah seorangnya adalah Malik McMcrone dikatakan cukup rapat dengan Neelofa setelah gambar mesra mereka berdua dimuatnaik di Instagram masing-masing. Malah kini Neelofa kini sedang bercuti di kota London dan khabarnya telah ditemani jejaka kacak tersebut.

Neelofa tidak pergi bersendirian tetapi tetap ditemani rakannya yang lain dengan memberi pembayang dia turut ditemani seorang lelaki yang gambarnya diambil daripada sisi belakangnya sahaja. Eh! nak berahsia lagi ke Neelofa?

Mungkin suatu hari nanti kita semua akan terima perkhabaran gembira tentang hubungan mereka berdua. Doakan mereka berdua cepat kahwin jika masing-masing saling mencintai. Tak gitu?

















         ________________________




No comments: