29 July 2015

DIHENTAM TERUK - NOR ALBANIAH JAWAB ISU BERBIKINI



Baru-baru ini, pelakon Nor Albaniah atau nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 45, telah dihentam teruk oleh netizen gara-gara sanggup berbikini walaupun usianya sudah senja.

Menerusi gambar itu kelihatan dia sedang bercuti di sebuah pulau. Pulau mana kami tak pastilah pula.

Gambar tersebut telah membuatkan ramai pengikutnya mengecam tindakan pelakon tersebut yang disifatkan sebagai tidak sedar diri.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Albaniah, kebanyakan yang mengutuk tentang imejnya itu merupakan generasi baharu.

Dia menganggap hinaan pengikut laman sosial terhadap penampilan seksinya kerana mereka tidak mengenali dia sebagai pelakon zaman 90-an yang sudah sinonim berimej sedemikian.

"Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi.



"Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian," ujarnya dipetik sebagi berkata.

Dia yang akui selesa dengan imej ringkas itu berkata, penampilan tersebut tidaklah keterlaluan dan apa yang lebih penting ialah keselesaannya.

"Saya tidak rasa ia seksi kerana dulu pun saya pakai begini tiada pula yang kecam dan pada saya ia normal sahaja. Apa yang saya pakai itu ringkas dan selesa," jelansya.



Sementara itu, Albaniah berkata yang dia tidak pernah mengambil peduli tentang komen-komen negatif pengikut di laman Instagram terhadapnya.

Dia hanya membaca dan memadam komen yang dianggap terlalu melampau sehingga boleh menjajaskan maruah.

"Saya okey sahaja orang nak kutuk-kutuk kat Instagram, tidak pernah pun layan dan balas komen mereka kerana tidak mahu berbalah.



"Tapi kalau ada yang benar-benar melampau saya akan padam kerana tidak mahu orang lain baca dan terpengaruh," katanya.

Dalam pada itu, ditanya tentang pasangan hidup, aktres yang sudah 20 tahun bergelar ibu tunggal ini mengakui sukar untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

Dia sentiasa berhati-hati terhadap lelaki yang cuba mendekatinya dengan niat tertentu.



"Saya tidak ada kawan lelaki yang istimewa kerana saya sendiri membataskan diri untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.

"Bagi saya banyak lelaki yang tidak ikhlas untuk berkawan dan ada niat lain yang tidak baik. Lagi pula saya sudah selesa dan boleh berdikari sendiri," jawabnya.

Nor Albaniah terkenal dengan filem Adik, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir.







Sumber: mStar



         ________________________




No comments: