"Dua tahun kita tak berkumpul bersama seperti hari ini. Alhamdulilah, ia akhirnya dapat dilangsungkan dengan usaha ahli jawatankuasa kelab peminat saya.," demikianlah kata Erra Fazira apabila impiannya berjaya direalisasikan semalam hasil inisiatif kelab peminatnya yang dipanggil 'Bersama Erra'.
Kali terakhir Erra diraikan dalam satu majlis bersama peminatnya sekitar dua tahun lalu di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Majlis bertemakan beraya di desa itu berlangsung di Rumah Tamu Datin Halijah, Taman Datuk Senu, Sentul dan dihadiri lebih 150 peminat Erra selain pelajar tahfiz Rumah Al Bayan, Sungai Buloh, Selangor.
Klik gambar untuk size besar
"Saya amat terharu dengan usaha peminat yang sanggup datang dari jauh untuk sama-sama dalam majlis ini. "Biar beberapa kali tertunda atas sebab yang tak terduga, kita masih dapat beraya bersama," ujar Erra yang hadir sedondon berwarna kuning bersama anak tersayang, Engku Aleesya.
Bagi Erra, peminat terus menjadi nadi kelangsungan kepada kerjaya seninya hingga saat ini.
"Di saat saya lelah dan sesekali hampir rebah dengan asakan serta permainan dunia hiburan, saya masih bertuah kerana ada peminat yang terus menyokong dari belakang.
"Saya mengambil kesempatan ini juga untuk memohon maaf kepada peminat jika ada khilaf tingkah dan kata. Sama sama kita buka lembaran baharu," jelasnya.
Difahamkan, Erra telah menempah jubah berwarna kuning untuk pelajar tahfiz Rumah Al Bayan berkenaan. Malah ustaz di rumah tahfiz berkenaan turut mengajar Erra mengenai selok belok agama.
Pada majlis raya ini juga diadakan aktiviti membabitkan peminat seperti catwalk dan kuiz bertanya apa saja soalan untuk Erra.
Erra turut menyumbangkan lagu raya Gema Lebaran.
Sumber: BH
Foto Kredit: BH, Bersama Erra Instagram
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment