Kira-kira 30,000 pengunjung telah membanjiri Bazar Syukur Selalu yang diadakan di tempat letak kereta A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor. Malah gerai jualan amal di bazar tersebut berjaya meraih lebih RM10,000 yang kemudiannya diserahkan ke anak-anak yatim dari Persatuan Insani Darul Takzim
Bazar itu bersempena dengan kempen Syukur Selalu yang diangkat sebagai kempen Ramadan dan Raya oleh Media Prima Berhad yang bertujuan menyebarkan mesej positif kepada rakyat Malaysia untuk melahirkan rasa keinsafan, bersyukur dan menghargai segala nikmat yang masih dikecapi serta menzahirkan kebahagiaan mereka dengan cara tersendiri.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung di sekitar bazar itu adalah sesi gotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa oleh para personaliti TV3 dan TV9.
Klik gambar untuk size besar
Para personaliti yang berada di gerai gotong-royong ini adalah Zaim Helmi Zaini (MHI), Hazrena Mohamed Kassim (WHI), Teh Syuhaida (WHI), Ezreena Amir Hamzah (TV3), dan Zuhairah Mustafa Al-Husin (Berita TV9).
Antara juadah yang bakal disediakan adalah Asam Pedas Johor dan Laksa Johor. Manakala bubur lambuk pula bakal diagihkan secara percuma kepada para pengunjung.
Selain itu, Duta Syukur Selalu tidak ketinggalan turun padang untuk bersama warga negeri Pahang. Antaranya ialah Ahmad Fedtri Yahya, Zara Zya, Shukri Yahaya, Izreen Azminda, Fizo Omar, Fadlan Hazim dan Kaka Azraff. Malah pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-29 iaitu Dayang Nurfaizah juga turut serta.
Bazar ini tidak lengkap sekiranya tidak terdapat pelbagai gerai untuk para pengunjung mendapatkan makanan untuk menu berbuka puasa. Oleh kerana itu, 10 buah gerai diperkenalkan diinspirasikan oleh nama rancangan-rancangan Ramadan dan Raya yang bersiaran di TV3 dan TV9.
Gerai ini merupakan gerai jualan amal di mana setiap hasil kutipan akan diserahkan sepenuhnya kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih di acara berbuka puasa pada hari yang sama.
"Kami amat gembira kerana dapat bersama dengan para penonton kami dengan lebih dekat menerusi Bazar Syukur Selalu yang diadakan di dua buah lokasi iaitu Pahang pada 27 Jun dan Johor pada 4 Julai 2015.
"Lebih menarik ialah kami akan membawakan barisan artis terkenal yang bakal menghiasi rancangan TV3 dan TV9 sempena Ramadan dan Raya ini. Selain bertemu dengan artis kesayangan mereka, para pengunjung juga boleh membeli juadah berbuka puasa sambil beramal kerana semua hasil jualan akan diserahkan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih," demikian kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9.
Tahun ini Kempen Syukur Selalu membawakan kelainan dengan memperkenalkan Skuad Syukur Selalu iaitu pasukan vespa yang mengedarkan set iftar eksklusif untuk pengunjung bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang dan menghasilkan aplikasi Syukur Selalu yang boleh dimuat turun secara percuma untuk orang ramai mendapatkan informasi seperti intisari rancangan TV3 dan TV9, resepi, tips berfesyen, waktu imsak dan berbuka, keadaan trafik dan banyak lagi.
"Aplikasi ini juga lebih interaktif kerana orang ramai boleh menyertai peraduan ‘Kampung Gua Hebat’ untuk menyumbangkan mata kepada negeri masing-masing dengan cara memuat naik foto untuk memenangi kunjungan rumah terbuka daripada pihak kami,” tambah Sherina.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment