Jika sebelum Azwan Ali atau Diva AA ini memaki hamun peminat wanita di Twitter pasal isu Me'nate, kali Azwan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan umrah melalui media sosial.
Semua sedia maklum bahawa Azwan kini sedang berada di Mekah bagi mengerjakan umrah kali kelapannya.
Ini kerana satu insiden kelewatan bas jemaah umrah bertolak dari kota Madinah ke kota Mekah menjadi punca Azwan Ali sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya. Kali ini ditujukan terus kepada agensi pengurusan umrah.
Klik gambar untuk size besar
Menerusi laman IGnya. Azwan telah memuat naik perbualannya bersama ejen yang menguruskannya meluahkan rasa tidak puas hati dengan jadual perjalanan yang diubah.
Salah seorang pegawai agensi yang pernah mengendalikan Azwan Ali tampil memberikan penjelasan di Facebook tentang perubahan jadual tersebut dan mendakwa ianya memang amalan biasa sejak bertahun untuk bertolak sekitar 10.00 pagi dari Madinah ke Mekah.
"Kenapa saya ingin kongsikan perkara ini, kerana saya pun bekerja sebagai (ejen) menguruskan jemaah untuk menunaikan umrah. Dan dia pernah sekali pergi umrah dengan agensi kami. Kami penat nak layan kerenah dia sebelum pergi dan sampai di sana pun ada yang tidak puas hati," ujar pegawai yang menggunakan nama Samuel Prince tersebut.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment