05 July 2015

LUAR LAIN, MALAYSIA LAIN - SALINA SAIBI PERTAHAN 'GERAK KHAS'



Semua pasti ingat gandingan mantap Datuk AC Mizal dan Abby Abadi yang memegang watak polis dalam cerita Gerak Khas.

Dulu drama Gerak Khas ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang agak hebat apabila ditayangkan.

Namun, selepas watak AC Mizal dan Abby Abadi telah tiada lagi dalam siri tersebut maka drama tersebut sudah hilang auranya.

Klik gambar untuk size besar




Perkara ini mendapat perhatian daripada salah seorang penonton Gerak Khas di Malaysia yang telah meluahkan pendapat beliau mengenai drama berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.

Baru-baru ini, pelakon Gerak Khas siri baru Salina Saibi dalam status terbaru beliau di Instagram telah mempertahankan drama ini dan menjelaskan terlalu banyak etika dan perkara yang perlu dijaga untuk membuat drama tersebut.

Apabila dibandingkan dengan drama CSI dan Law & Order, mereka mempunyai bajet yang agak besar dan tiada batasan tertentu dalam karya mereka, tetapi ia adalah sebaliknya di Malaysia.



"Assalamualaikum.. Bukan senang nak buat drama kepolisan.. Drama msia byk limitation.. So terhad story line nye. Byk pihak/benda kena dijaga..

"Nak bandingkan dgn drama barat diorg big budget & takde batasan jln cerita.. Msia mane boleh buat sume tu.. Citer omputeh semua elemen ada..rogol..racism..corruption.. skandal.. paedophile.. Rtm, Pdrm & Jais pantau setiap episod &jln cerita.. Ape2 mesti dr kelulusan org atasan..

"Kenapa negara luar byk citer polis.. Csi, Ncis, murder, mentalist,hawai 5 0, paling lama Law & Order sampai berlumba2 drama polis diorg.. tp Malaysia hanya ada GerakKhas!! Why?? Malaysia berlumba2 drama novel cintaaa... Ape sebenarnyaa contoh nak bg pd generasi baru kita.. nilai2 murni? pakar cinta? pak lawak? hehehe.



"Ramai org tak tgk GerakKhas tp why rating still cecah 1Juta penonton..sbb ramai lg yg menonton lg2 org di luar K.L.. so cume segelintir saja yg xtgk yg nak komplen..

"Kwn kata Makcikbedahtipahpakmaunpakjusohpaksamadmaklongtoklong sume tiap2 Jumaat 9mlm trpacak depan tv dgn kropok moni nak tgk Gerakkhas.. Eh wat lawak lak.. GerakKhas dah makin improve actually.. kalau tgk la.. tak tgk mcmne nak komen tu.. leh terima ke..

"Oklah penat ckp.. so pendekkan citer... #GerakKhas 16 years.. Me 8 years.. Why d only GerakKhas yg bertahan??? Why? Sbb bukan senang nak buat!! Sekian terima kasih... Hidup#GerakKhas2015 Berkhidmat demi negara.. #skopproduction," jelas Salina di laman IGnya.









         ________________________




No comments: