14 July 2015

MON RYANTI SELAMAT LAHIRKAN 'BABY BOY'



Pelakon filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak' dan juga penyampai radio Ultra FM, Mon Ryanti atau nama sebenarnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee telah selamat melahirkan bayi sulung pada 12 Julai yang lalu.

Bayi lelaki seberat 3.1 kilogram ini dilahirkan secara normal pada jam 7.17 pagi di Columbia Asia Hospital, Bukit Rimau, Shah Alam.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah, baby dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Saya pun dalam keadaan baik. Tq my lovely husband, family dan kawan2 and semua yang banyak bagi sokongan dan mendoakan keselamatan dan kesihatan baby H and me," ujar Mon dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Mon, dia bakal berpantang di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman di Johor Bahru.

Untuk rekod, Mon dan Mohd Hasrul Ali mendirikan rumah tangga mereka pada 13 September 2014 di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru.

Tahniah diucapkan!





         ________________________




No comments: