13 July 2015

PEMINAT ISTIMEWA DIEJEK NETIZEN - SHILA HAMZAH TAMPIL PERTAHANKANNYA



Beberapa keping gambar insan istimewa telah diejek oleh segelintir pengguna media sosial atas kekurangan dirinya.

Ini kerana gadis ini mempunyai akaun Instagram dan memuat naik gambar selfie di akaunnya.

Mungkin simpati dengan nasib yang terpaksa dilalui gadis berkenaan, Shila Amzah tampil mempertahan peminatnya itu.

Klik gambar untuk size besar




Sejak semalam beberapa keping foto gadis istimewa ini mulai viral apabila berlegar di laman Facebook dan Twitter.

Namun apa yang menyedihkan ialah sikap segelintir netizen yang mengejek dan menjadikan gambar gadis istimewa tersebut sebagai bahan jenaka.

Peka dengan situasi terbabit, Shila Amzah melalui update terbarunya meminta netizen agar tidak lagi mengejek mahupun meninggalkan komen yang tidak sepatutnya terhadap gadis berkenaan.



Difahamkan gadis berkenaan merupakan peminat setia Shila Amzah. Hal ini diakui followers Shila Amzah sendiri yang acap kali melihat gadis berkenaan meninggalkan komen di Instagramnya.

Geram dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir netizen yang tidak berhati perut tersebut, orang ramai tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Malah sehingga kini pengikutnya sudah mencecah lebih 27 ribu.

Kita harap adik bersabar dengan sikap orang yang suka mengejek kekurangan orang lain.









         ________________________




No comments: