13 July 2015

"TAK ADA MALUNYA NAIK KENDERAAN AWAM" - MAYA KARIN



Sebuah video ucapan seorang wanita berusia 23 tahun bernama Zahra telah menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini. Zahra dalam video tersebut meluahkan keluh kesah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini termasuklah beliau terpaksa menaiki LRT (Light Rail Transit) untuk ke tempat kerja setiap hujung bulan kerana wang gaji sudah dihabiskan banyak untuk perbelanjaan lain termasuk sea rumah dan ansuran kereta kepada bapa beliau sendiri.

Klik gambar untuk size besar




Keluhan Zahra telah mendapat pelbagai respon positif mahupun negatif dari ramai pihak terutamanya ada yang mengkritik gaya hidup gadis tersebut dikatakan agak mewah pada usia 23 tahun.

Isu Zahra ini telah mendapat perhatian dari Maya Karin yang kini kumpul harta RM8 Juta melalui pelaburan hartanah dengan memberikan pendapat berhubung kenyataan Zahra yang terpaksa menaiki LRT untuk ketempat kerja.

Melalui akaun twitter, Maya Karin berpendapat tidak salah untuk gadis tersebut menggunakan khidmat LRT untuk bergerak ke mana mana kerana ianya satu perkhidmatan yang bagus dan beliau sendiri sering menggunakan perkhidmatan itu serta menunggu stesen MRT sekitar tempat tinggal beliau.



Kata-kata dari Maya Karin mendapat respon positif dan ramai penduduk Malaysia bergantung harap kepada kepada perkhidmatan pengangkutan awam termasuk LRT untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Malah, kata netizen mungkin Zahra pun boleh mula amalkan setiap hari.

Keluhan dari Zahra mungkin ingin sampaikan realiti kehdupannya selepas perlaksaan GST. Maklumlah kos hidup semakin meningkat dan ramai rakyat terbeban begitu juga dengan artis lain contohnya 'Kenyataan Panas Awie Tiket Tidak Laku Sebab GST' dan 'Siti Nurhaliza Dedah Masalah Ekonomi Beri Kesan Kepada Simplysiti'.





         ________________________




No comments: