13 July 2015

KERANA SARAT HAMIL - WAWA ZAINAL TAK DAPAT PULANG BERAYA DI SABAH



Suatu ketika dahulu pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel pernah mencetuskan kontroversi kerana kahwin secara rahsia.

Sedar tak sedar, tahun ini merupakan tahun ke empat pasangan ini sambut hari raya Aidilfitri bersama.

Namun yang paling menyedihkan apabila Wawa Zainal dikatakan tidak pernah balik beraya di Sabah pada hari pertama raya kerana sering beraya di kampung suami.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Wawa, tahun ini juga dia terpaksa melupakan hasrat untuk balik beraya di Sabah kerana kini sedang sarat mengandung lapan bulan namun ibu bapa dan juga adik beradik beliau bakal turun ke Rengit, Johor untuk berhari raya.

"Selama empat tahun itu juga saya tidak dapat balik raya. Ada balik tetapi bukan masa raya. Sepanjang raya memang tidak dapat balik. Aeril memang mahu ke Sabah cuma tiada kesempatan.



"Bagaimanapun, ibu bapa dan adik-adik selalu datang sini. Tahun ini, keluarga saya akan ikut sekali balik ke kampung Aeril di Johor," ujar Wawa dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Aeril Zafrel mengesahkan yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada 25 Ogos nanti dan merupakan anak kedua pasangan ini selepas dikurniakan anak lelaki Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos 2013 lalu.

"Alhamdulillah, tahun ini kami dikurniakan anak perempuan. Persediaan sama seperti sebelum ini. Baju dan biskut raya semua beli, malah rendang juga kami upah orang masak. Insya-Allah, pada hari raya kedua kami balik kampung saya di Rengit, Johor," jelasnya.





         ________________________




No comments: