13 July 2015

TAK TAHAN SABAR - EINA AZMAN DEDAH DESIGNER PENIPU YANG TAK BAYAR HUTANGNYA



"Saya sengaja mendedahkan perbualan kami kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan sikap pereka fesyen ini. Tapi tak perlulah saya dedahkan siapa dia," demikianlah kata Datin Paduka Eina Azman apabila dia memuat naik screenshot perbualannya dengan seorang pereka fesyen yang didakwa telah menipu serta berhutang dengannya di laman IGnya.

Menurut Eina, tahap kesabarannya ada batasnya dan dia tidak menyangka pereka fesyen yang dikenalinya itu sanggup berbuat demikian.

"Dia telah berhutang dengan saya sejak April lalu tetapi sehingga kini tidak lagi membayarnya walaupun sudah berjanji akan berbuat demikian beberapa bulan lalu.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tidak berniat untuk membuka aibnya tetapi saya memuat naik posting itu supaya ianya memberi pengajaran kepada orang lain agar jangan mudah mempercayai orang dengan sewenang-wenangnya.

"Saya tak sangka pada awalnya dia siap merayu kerana amat memerlukan wang untuk membayar sewa kedainya tetapi bila tiba masanya untuk bayar hutang dia menghilangkan diri," ujar Eina dipetik sebagai berkata.

Eina diminta mengulas selepas dia memuat naik luahan rasa mengenai seorang pereka fesyen yang didakwa telah menipu serta memperdayakannya demi wang.



Jawab Eina, apa yang membuatkan dia kecewa adalah pereka fesyen itu sehingga sekarang tidak membayar hutangnya tetapi dengan senang lenangnya telah menaja pakaian untuk ramai artis lain.

"Dia menghilangkan diri dengan tidak membayar hutang saya tetapi di akaun Instagramnya pula aktif memuat naik gambar dia menaja baju artis sana sini.

"Jumlah yang dipinjam itu tidak banyak tetapi caranya itu membuatkan saya geram apatah lagi dia sengaja jadikan pembantu peribadi saya seperti peminta sedekah," jelasnya.

Tindakannya itu telah membuatkan ramai peminat dan pengikutnya di Instagram mula meneka beberapa nama pereka fesyen namun Eina sehingga kini tidak mendedahkan namanya kerana tidak mahu membuka aib si polan.









         ________________________




No comments: