23 July 2015

"NAK DUDUK KERUSI COUPLE KENA TUNJUK SIJIL NIKAH DULU" - MDPT



Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) memaklumkan pasangan yang ingin menggunakan kerusi berkembar atau couple seat bagi menonton wayang di pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak perlu menunjukkan sijil nikah sebagai bukti mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

Menurut Ahli Majlis Daerah Seri Iskandar, Khairul Shahril Mohamed, syarat tersebut ditetapkan pihak Majlis Daerah sekitar pertengahan tahun 2014 selepas permohonan dibuat pihak pengurusan pawagam berkenaan, empat tahun lalu.

Klik gambar untuk size besar




Tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, pihak pengurusan pawagam itu akan dikenakan tindakan tegas sekiranya gagal mematuhi syarat yang dipersetujui bersama Majlis Daerah.

"Denda akan dikenakan kepada pihak pawagam dan kemungkinan lesen perniagaan juga akan digantung sekiranya pasangan bukan muhrim ditangkap menggunakan couple seat. Pasangan yang didapati bersalah melanggar peraturan pula akan diberikan khidmat kaunseling," ujarnya dipetik sebaagi berkata.

Jelasnya lagi, serbuan secara mengejut juga akan dilakukan oleh pihak JAIP di pawagam itu namun sehingga kini tiada sebarang laporan dan tangkapan dibuat membabitkan pasangan bukan muhrim yang melanggar peraturan. (rtky/s)



         ________________________




No comments: