30 July 2015

NIKAH OGOS INI - SHEERA ISKANDAR PILIH CHEF SEBAGAI BAKAL SUAMI



Pelakon Sheera Iskandar ,30, mengesahkan dia bakal bernikah dengan seorang Chef bernama, Doul Harun, 31, pada Ogos depan.

Difahamkan, Sheera dan pasangan akan bernikah gantung terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis perkahwinan mereka yang dijangka akan diadakan pada awal tahun depan.

Klik gambar size besar




Menurut Sheera, keputusan untuk mendirikan rumah tangga sebenarnya berlaku secara tiba-tiba pada bulan Ramadhan lepas sebaik sahaja kedua-kedua pihak keluarga mahu mereka terus bernikah tanpa mengadakan sebarang majlis pertunangan.

"Sebenarnya pihak lelaki terlebih dahulu datang merisik saya pada Mei lalu dan berbincang mahu bertunang pada Ogos depan.

"Tetapi entah bagaimana pada Ramadan baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pihak setuju untuk kami terus bernikah sahaja dan tidak perlu membazir mengadakan majlis tunang bulan depan.



"Oleh sebab itu, kami sendiri belum ada tarikh tertentu lagi untuk pernikahan kami kerana masih memikirkan kesesuaian dan kelapangan keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi In Sha Allah, ianya akan berlangsung pada bulan hadapan," ujar Sheera dipetik sebagai berkata.

Bercerita mengenai detik perkenalan, Sheera berkata yang dia mengenali Doul sejak 4 tahun lalu namun mula rapat awal tahun ini.

"Terus-terang kami memang tidak pernah bercinta. Saya dengan dia cuma kenal dan kawan biasa sahaja sejak 4 tahun lalu. Malah jarang sekali berjumpa.



"Tapi rupanya dia sudah simpan perasaan pada saya dan meluahkannya sebelum dia datang merisik ke rumah saya. Semuanya berlaku dengan pantas, dia datang merisik ibu saya suka dan terima.

"Saya pula tidak menolaknya kerana saya pernah berdoa kepada Allah supaya temukan saya dengan jodoh dengan segera supaya saya tidak perlu berkawan lama atau menjalinkan hubungan cinta dengan dia.

"Jika benar lelaki itu inginkan saya, biar dia terus sahaja masuk meminang serta bernikah. Nampaknya doa saya telah dimakbulkan ALlah SWT," jelasnya.







         ________________________




No comments: