05 July 2015

SAYA BELUM BERSARA DARI BIDANG LAKONAN - HANEZ SURAYA



Hanez Suraya menjelaskan bahawa khabar angin yang mengatakan dirinya sudah bersara daripada dunia lakonan itu adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana buat masa ini, Hanez memperlahankan karier seninya untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga dan merencana untuk menceburi bidang perniagaan pula selepas ini.

"Selepas berkahwin, anak dan suami jadi keutamaan saya. Saya juga menghormati permintaan suami yang meminta memperlahankan aktiviti seni. Namun, cinta saya terhadap bidang lakonan tidak pernah berkurang”

Klik gambar untuk size besar




"Ada tawaran berlakon sebelum menunaikan umrah, tetapi terpaksa saya tolak kerana mahu fokus ibadah dan suami. Insya-Allah andai ada tawaran selepas ini saya akan terima. Selain berlakon, saya merancang menceburi bidang perniagaan," ujar Hanez dipetik sebagai berkata.

Tambah Hanez lagi, ketika ini, bukan sahaja dia dan suami turut tidak sabar untuk menimang cahaya mata malah perkara tersebut turut dikongsikan bersama dengan dua lagi anak tirinya, Putra Adreeshah dan Putra Rayqarl Shah.

"Alhamdulillah, usia kandungan sudah mencecah 3 bulan dan berada dalam keadaan baik. Seperti wanita hamil lain, saya mengidam nak makan sesuatu, tetapi cari sendiri dan mengalami masalah alahan bau wangian serta masakan. Malah, saya terpaksa sorok semua minyak wangi di rumah,' jelasnya.





         ________________________




No comments: