05 July 2015

SARI YANTI DITAHAN POLIS DI CHINA



Kerana salah faham, Sari Yanti dan kru telah ditahan oleh pihak berkuasa di China ketika menjalani penggambaran drama Mencari Mubarakh di Turpan, Xinjang, China pada Jun tahun lalu.

Mereka ditahan sewaktu menjalani penggambaran di tanah perkuburan kerana didakwa menceroboh kawasan tersebut dan mereka telah dibawa menaiki trak polis.

"Kalau ditahan, saya seorang sahaja perempuan. Saya dah suruh adik bersiap sedia untuk hubungi pejabat kedutaan kalau saya kena tahan. Alhamdulillah, semua itu hanya salah faham dan akhirnya kami dilepaskan dan meneruskan penggambaran," ujar Yanti dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Tambah Sari Yanti, selain ditahan polis, dia juga sempat dimasukkan ke hospital tempatan di sana kerana demam panas.

"Cuaca di sana memang panas, kira-kira 45 darjah celsius dan berdebu kerana ia kawasan padang pasir. Bila malam dingin sangat. Saya dan Shah Jaszle dimasukkan ke hospital kerana demam panas, gara-gara kami keletihan kerana perjalanan yang jauh. Sempat jugalah air dimasukkan ke dalam badan kami.

"Biarpun saya alami pelbagai dugaan tetapi saya suka tengok suasana di sana. Dapat lihat pokok anggur sepanjang jalan dan satu lagi masyarakat di sana suka makan tembikai. Sewaktu penggambaran, orang di sana macam biasa saja dengan aktiviti mereka. Jadi kerja kami berjalan lancar, cuma yang di kawasan perkuburan itu sahaja," jelasnya.



         ________________________




No comments: