06 July 2015

AEPUL DRAMA BAND REDHA ISTERI KEGUGURAN



Tiada rezeki!

Demikianlah perihalnya mengenai Leez Rosli, isteri kepada Aepul (Drama Band) apabila dia disahkan mengalami keguguran oleh doktor.

"Kami tak rancang. Saya pun tidak sedar tengah mengandung dan buat aktiviti harian seperti biasa tapi tidaklah sampai jatuh. Bila check dengan doktor, doktor kata memang tidak ada harapan," ujar Leez dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Aepul, dia redha dengan perkara tersebut dan tidak akan berputus asa untuk terus mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi selepas ini.

"Nak ikut masa awal-awal tahu yang Leez mengandung, memang happy tapi bila doktor kata dah keguguran, kami redha. Kita tak akan putus asa. Kena 'kerja' lebih kuat lagi," jelasnya.

Harapan kita, semoga Leez dan Aepul tabah menghadapi ujian ini.















         ________________________




No comments: