06 July 2015

MUAT NAIK GAMBAR SEPARUH BOGEL - CHEF WAN DIKRITIK PEMINAT



Baru-baru ini, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah memuat naik sekeping gambar sewaktu zaman mudanya di Instagram.

Gambar tersebut dirakam ketika berada di Pantai Cherating, Pahang sewaktu dia berusia 25 tahun dan masih bujang.

Bagaimanapun, gambar tersebut telah mengundang ketidakpuasan hati kepada segelintir individu kerana Cef Wan memuat naik foto yang memperlihatkan tubuh badannya.

Klik gambar untuk size besar




Pun begitu, di ruang keterangan gambar Cef Wan sudah pun menjelaskan penampilan sedemikian adalah perkara biasa apabila bercuti di pantai. Namun, jika berpakaian sebegini hari ini, pasti menjadi bahan kutukan lebih-lebih lagi melibatkan golongan selebriti.

Apapun, kami harap Cef Wan akan lebih sensitif selepas ini dalam memuat naik gambar di Instagram kerana bimbang ia akan menjadi kontroversi.





         ________________________




No comments: