06 July 2015

KENA DEMAM DENGGI - DJ LIN DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Penyampai radio Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya, Rosalinda Abdul Majid telah dimasukkan ke hospital kerana disahkan menghidap demam denggi.

Berita itu dikongsikan DJ Lin menerusi laman Instagram.

Menurut DJ Lin, platlet darahnya semakin menurun sementara suhu badan semakin meningkat kepada 40 darjah Celsius.

Klik gambar untuk size besar




"Badan saya sangat lemah dan terasa seperti bisa-bisa. Malah selera makan saya juga berkurang. Doakan saya cepat sembuh," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, dia telah berjumpa dengan seorang doktor di salah sebuah hospital swasta di ibu kota Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas mengadu mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.

Berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau turut memaklumkan kepada pendengar, dia tidak dapat ke udara menerusi segmen Suria Cinta.



Sumber: BH



         ________________________




No comments: