17 July 2015

TAKZIAH - RAHIM OTHMAN KEMBALI KE RAHMATULLAH DI AKHIR RAMADAN



Takziah diucapkan buat keluarga pemuzik dan komposer, Rahim Othman, 60, apabila seniman berbakat besar itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.45 pagi semalam di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Difahamkan, Allahyarham telah diserang komplikasi paru-paru sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun, keadaannya menjadi bertambah kritikal apabila mengalami pendarahan di paru-paru lalu merebak ke bahagian organ lain.

Allahyarham Rahim (kiri) bersama JayJay




"Dia sudah lama menderita sakit paru-paru ini namun keadaan bertambah kritikal apabila ada pendarahan di bahagian paru-paru yang memberi kesan kepada organ dalaman lain," ujar Fauziah Basarah, bekas isteri Rahim dipetik sebagai berkata melalui BH.

Untuk makluman, Rahim adalah salah seorang bekas anggota kumpulan Carefreee. Beliau adalah adik kepada komposer Taib Othman dan bapa saudara kepada Nordin dan Kid iaitu pemain gitar kumpulan Search.

Allahyarham telah dikebumikan di perkuburan Mont Kiara selepas solat Zuhur semalam.




GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PENGEBUMIAN ALLAHYARHAM RAHIM:













         ________________________




No comments: