25 July 2015

TERUK DIHENTAM - AZWAN ALI TUTUP AKAUN TWITTER



Nama Azwan Ali atau Diva AA sememangnya sentiasa panas. Sebelum ini, banyak kontroversi yang melanda dirinya. Antaranya ialah memaki hamun peminat wanita di Twitter pasal isu Me'nate, luahan rasa tidak puas hati terhadap agensi pengurusan umrah dan juga Nabil Ahmad yang tidak menegur dirinya dan kata-kata yang kurang bermoral dan dilihat menghina mangsa kemalangan jalan raya di Aidilfitri.

Akibat kata-kata yang ditulisnya, ramai pengguna Twitter yang mengecam dan mengkritik tindakannya. Kebanyakannya menganggap ia adalah satu perbuatan yang tidak patut. Ramai yang menasihati Azwan agar berubah, lebih-lebih lagi apabila dia telah menunaikan umrah beberapa kali.

Klik gambar untuk size besar




Akibat dikritik dan dikecam teruk, Azwan telah pun mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitternya.

Namun sebelum penutupan tersebut dilakukan, Azwan sempat memberi kata-kata terakhir kepada pengikut-pengikut setianya di Twitter.

Apa yang lucunya, Azwan menerusi akaun IGnya telah memaklumkan yang dia telah pergi ke Maxis untuk menutup akaun Twitternya. First time pula dengar kena pergi Maxis untuk tutup akaun Twitter. Mungkin Azwan Ali tak tahu hanya perlu tekan butang deactivate sahaja.



"AT MAXIS ! ACC TWITS AGONG DIVA AA ? @azwanhjali NOW ? DE ACTIVATED ! ????? GUD BYE ALLLLLLL GONNA MISS NO 1 DARING TWITTER ACC IN THE WORLD ! DE ACTIVATED ? BUKAN TANDA TUNDUK ! IN FACT? AZWAN ALI TERUJA RELA HATI TUTUP ACC TWITS AGONG DIVA AA BCOZ TERLALU BERSEPAH FAKED PEOPLE & ANJINGGGG GILA KURAP MUKA MANUSIA TERHODOH ! #NOTanyMORE UNDERSTAND," tulis Azwan.

Kami tahu pasti ramai yang kecewa dengan tindakan Azwan menutup akaun Twitternya. Ramai yang menjadikan kata-kata Azwan yang sukar difahami sebagai satu tempat menghilangkan stress.

Apa pun, semoga dengan penutupan akaun ini, kontroversi yang bakal melanda diva popular ini akan berkurangan di masa hadapan.





Sumber: BN



         ________________________




No comments: