01 July 2015

TUAH TMJ TERIMA HADIAH JET DARIPADA SULTAN JOHOR



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Demikianlah halnya dengan dengan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ apabila menerima hadiah sebuah jet peribadi sempena hari keputeraannya daripada ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Hadiah yang cukup bermakna itu adalah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya yang dikasihi serta disayangi.

Klik gambar untuk size besar




Ini kerana, kesungguhan dan pengorbanan TMJ dalam pembangunan bola sepak Johor telah berjaya membuka mata ramai pihak sama ada dalam negeri mahupun luar negara.

Selain itu, TMJ juga telah menerima nasihat daripada ayahandanya untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa sempena hari keputeraannya itu.



Malah TMJ juga akan menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang kemampuan di seluruh negeri Johor Darul Takzim.

Niat Tunku Ismail itu menerima reaksi positif oleh semua rakyat Johor dan turut mendoakan agar kesihatan, keharmonian serta keperibadian Tunku Ismail agar kekal dan makmur.

Sumber & foto: Johor Southern Tigers



         ________________________




No comments: