01 July 2015

INFO - ‘BARAKAH RAMADAN BERSAMA HYPPTV’ DI MASJID AL-HASANAH



Sempena Ramadan yang mulia ini, Telekom Malaysia Berhad (TM), yang menawarkan perkhidmatan IPTV menerusi HyppTV, baru-baru ini telah menganjurkan ‘Ramadan Bersama HyppTV’, di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Program tersebut telah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 26 hingga 28 Jun 2015, dan telah mendapat sambutan hangat masyarakat setempat, rakan-rakan usahasama kandungan serta selebriti-selebriti tempatan.

Mereka semua telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti termasuk program tazkirah, tadarus, pengagihan bubur lambuk, gotong-royong dan majlis berbuka puasa.

Klik gambar untuk size besar




Kemuncak bagi program ini ialah majlis berbuka puasa istimewa yang telah diserikan dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi TM serta Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, TM, yang juga merupakan Yang Dipertua Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Pusat.

Dalam acara yang sama, TM, melalui BAKIT, turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Masjid Al-Hasanah, rumah-rumah anak yatim, rumah-rumah ibu tunggal serta Sekolah Tahfiz yang terpilih.



Kesemua sumbangan telah diserahkan oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Sulaiman dan Datuk Bazlan.

“Kami amat gembira dan teruja kerana dapat berkolaborasi bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini untuk menganjurkan ‘Ramadan Bersama HyppTV’ buat julung kalinya. Melalui program-program komuniti seperti ini, ia merupakan peluang kami untuk mendekati penduduk setempat.

"Dalam pada masa yang sama, memperkenalkan perkhidmatan HyppTV serta program-program istimewa sepanjang bulan Ramadan ini. Bagi meraih barakah dalam bulan Ramadan, HyppTV menawarkan pelbagai program menarik.



"Bukan sahaja kandungan berbentuk dokumentari dan Islamik, tetapi juga rancangan memasak unik dan hiburan Islamik melalui saluran-salurannya seperti HyppSensasi, TV Al-Hijrah, Hikmah dan EC Inspirasi, sesuai untuk seisi keluarga sepanjang bulan yang mulia ini," ujar Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman.

Untuk Info, program ‘Ramadan Bersama HyppTV’ itu, HyppTV telah berkolaborasi dengan rakan usahasama kandungannya, iaitu saluran-saluran EC Inspirasi, Fried Chillies Food dan Hikmah untuk membawa selebriti-selebriti terkenal tanah air iaitu Chef Eddy dari Fried Chillies Food (Saluran HyppTV 838) dan Fendi Dapur Bujang dari EC Inspirasi (Saluran HyppTV 111), yang turut sama mendemonstrasikan dan membantu dalam penyediaan bubur lambuk.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, anda boleh layari www.tm.com.my/hyppTV













         ________________________




No comments: