01 July 2015

STOK BAJU BANYAK - CHE TA TERPAKSA SEWA KONDO



Rozita Che Wan atau Che Ta memberitahu dia terpaksa menyewa sebuah kondomium untuk menempatkan koleksi pakaiannya yang tidak terhitung.

Menurut Che Ta, kondominium yang disewanya itu terletak hanya beberapa kilometer dari rumah.

"Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama”

Klik gambar untuk size besar




"Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil. Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.

Tambah Che Ta, bukan dia sahaja yang mempunyai koleksi pakaian yang banyak tetapi anaknya Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan juga mempunyai koleksi pakaian yang cukup banyak.



"Baju Aaisyah sahaja sudah memerlukan empat pintu almari untuk menyimpannya. Apa tidaknya, selain saya dan Zain yang belikan baju-baju Aaisyah, dia juga dapat banyak tajaan daripada pelbagai jenama pakaian.

"Tidak cukup dengan itu, peminat-peminat juga ramai yang hantarkan hadiah. Sebab terlalu banyak, ada baju yang tidak sempat diulang pakai. Pakai sekali sahaja," jelasnya.





         ________________________




No comments: