01 July 2015

TAKZIAH - SAMSUDIN LAMIN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Penyanyi veteran, Samsudin Lamin, 76, telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 7.40 pagi tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru di kediamannya di Kampung Setia, Batu 18, Rawang.

"Dia jatuh di biliknya kira-kira 28 Mac lalu dan sejak itu keadaan kesihatan arwah semakin buruk dan tidak mampu untuk berjalan, selain itu dia juga ada jangkitan kuman pada paru-paru.

Klik gambar untuk size besar




"Sejak jatuh itu, dia ada beberapa kali dimasukan ke Hospital Sungai Buloh dan pagi tadi juga kami sudah panggil ambulans untuk membawanya ke hospital, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia di rumah," ujar Yunetta Yusof, 57, isteri kepada Allahyarham.

Menurut Yunetta, sebelum suaminya itu meninggal dunia, Allahyarham ada mengadu sesak nafas sebelum rebah dipangkuannya.

Tambahnya, ketika kejadian, dia sedang melakukan rutin harian untuk memandikan dan menukar lampin suaminya itu.



"Saya tidak menyangka sebab pada mulanya dia hanya mengadu sesak nafas dan tiba-tiba pengsan di pangkuan saya dan apabila doktor datang arwah sudahpun meninggal dunia," katanya.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Kampung Setia dan dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Batu 20, Kuang.

Samsudin Lamin terkenal dengan lagu-lagu Melayu asli antaranya Titisan Embun Pagi, Seri Siantan dan Bukit Malawati.

Al-Fatihah.

Sumber: mStar



         ________________________




No comments: