01 July 2015

MAKI PEMINAT DI TWITTER - AZWAN ALI DITEGUR MUFTI PERAK



Makin hamun Azwan Ali terhadap peminatnya itu telah mendapat perhatian daripada mufti negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Dr Harussani berpendapat tindakan yang agak biadap Azwan Ali sama sekali tidak menggambarkan sifat seorang Muslim sebenar dan menunjukkan ciri-ciri golongan fasik.

"Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.

Klik gambar untuk size besar




"Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Salah faham yang berlaku antara Azwan Ali dan peminat wanita ekoran perkataan 'Menate'. Azwan yang tersalah anggap jawapan itu terus mengherdik pengikutnya yang bernama NurAziraWA dengan kata cacian yang dianggap sesuatu yang kelakar dan memalukan oleh pengguna sosial lain.



Sementara itu kata Dr Harussani, Azwan juga diminta menghayati surah al-Hujurat yang jelas meminta orang-orang yang beriman untuk menjauhi sifat banyak prasangka buruk kepada orang lain.

"Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat," jelasnya.



         ________________________




No comments: