19 August 2015

AL-FATIHAH - PELAKON VETERAN KARIM LATIF KEMBALI KE RAHMATULLAH



Tengah hari semalam, pelakon veteran Karim latif atau nama sebenar Abdul Karim Abdul Latiff, 78, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur, akibat kanser.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak minggu lalu kerana sesak nafas dan kemudian dikesan menghidap kanser tahap empat.

Seorang kenalan keluarganya berkata, Allahyarham dikenal pasti menghidap barah hanya selepas pemeriksaan susulan ketika dirawat di HKL, baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar




Jenazah Allahyarham Karim Latiff telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Batu Muda, Gombak selepas solat Asar semalam.

Untuk info, Allahyarham yang juga aktor sezaman Tan Sri P Ramlee cukup 'melekat' dengan watak Safar dalam filem Ahmad Albab arahan dan lakonan Seniman Agung itu.

Beliau berasal yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura ketika berumur 18 tahun.

Selain menyerlah dalam filem Sumpah Pontianak, Mahsuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, beliau juga berbakat dalam arena seni suara.

Bekas pengalih suara di RTM itu memperlahankan kerjaya lakonan kira-kira 10 tahun lalu selepas berdepan masalah penglihatan.

Perkahwinannya dengan Che Asma Hussain yang juga bekas kakitangan RTM dikurniakan lima cahaya mata iaitu Izuddin, Izmir, Nur Iznita, Izhar dan Izralfiddin selain 10 cucu.

Takziah kami ucapkan buat keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: