21 August 2015

BERDEBAR TUNGGU DUA KELAHIRAN - ASYRAF MUSLIM ANGGAP INI CABARAN UNTUKNYA



Berita isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman yang disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan agar kandungan itu sihat. Lebih menggembirakan lagi, isteri kedua beliau Wan Sakinah juga sedang sarat mengandung.

Bakal menyambut dua cahaya mata pada tahun ini, Ashraf akui ia bukan satu perkara yang mudah kerana beliau harus meletakkan kepentingan kedua-dua isterinya itu dengan sama rata.

Klik gambar untuk size besar




"Isteri pertama saya Dayana akan melahirkan anak pertama kami pada Disember nanti, manakala isteri kedua saya Sakinah pula bulan depan. Saat ini semuanya baik-baik sahaja. Cuma sebagai suami sedikit cabaran sebenarnya dalam menjaga dua hati wanita mengandung ini," ujar Asyraf dipetik sebagai berkata.

Berbicara soal hubungan Dayana dan Wan Sakinah, mereka berdua mempunyai hubungan yang cukup harmoni dan Wan Sakinah yang mempunyai pengalaman melahirkan anak sebelum ini banyak membantu Dayana dalam segala persiapan untuk menyambut anaknya nanti.

"Soal persiapan, kami buat bersama-sama. Malah, tidak ada masalah buat saya dan isteri-isteri saya keluar dan membeli persiapan bayi bersama. Malah dalam suatu keadaan Sakinah juga tidak lupa untuk berkongsi pengalamannya dengan Dayana.

"Bagi saya sebagai suami keadaan ini sangat bahagia sebenarnya, selepas apa yang kami lalui bersama ini adalah hikmah yang dijanjikan Allah buat kami," jelasnya.

Untuk rekod, Ashraf Muslim berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dengan Wan Sakinah pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan Asyraf dan Sakinah, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Sarah Ashraf kini berusia setahun lebih.

Kami doakan semoga kedua-duanya dapat melahirkan anak dengan lancar dan dilimpahkan dengan kasih sayang.



         ________________________




No comments: