28 August 2015

GAMBAR MENARIK - BABY BUMP DAYANA & SAKINAH, ISTERI ASYRAF MUSLIM



Gambar terkini baby bump kedua-dua isteri Asyraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman, 28, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31.

Untuk info, Dayana kini sedang hamil 4 bulan, manakala Sakinah pula sedang sarat mengandung 8 bulan.

"Alhamdulillah.. Hanya hatiku yg tahu betapa bersyukurnya aku pada Allah dgn setiap kehendakNya. Hanya SABAR yg mengajar erti kehidupan yg lebih bermakna.

Klik gambar untuk size besar




"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa isteri2ku, tenangkanlah hati mereka setiap masa, jgn sesekali beri mereka kesakitan semasa, sewaktu dan selepas melahirkan anak, janganlah ada komplikasi pada mereka, permudahkan segala urusan, lindungilah mereka dalam apa jua keadaan, lahirkanlah anak kami sihat tubuh bdnya, sempurna sifatnya, baik akhlaknya dan hidupnya kelak hanya untukMu Ya Allah," tulis Asyarf di IG.

Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah.



Selepas itu, Asyraf mencetuskan kontroversi apabila mengahwini Sakinah sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013.

Hasil perkahwinan Ashraf dengan Sakinah, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun.

Kita doakan semoga proses kelahiran kedua-dua isteri Asyraf dimudahkan. Amin.





         ________________________




No comments: