18 August 2015

ISU ISTERI BERPAKAIAN SEKSI - AWAL ASHAARI HENTAM BALIK



Jika sebelum ini Awal Ashaari dikecam oleh peminat gara-gara membenarkan isterinya, Scha Al Yahya memakai dress yang jarang sehingga menampakkan peha, terkini Awal memberitahu bahawa hanya segelintir sahaja yang mengecamnya dan mereka ini adalah 'haters'. Buat apa sahaja pasti akan ada salah. Tak ada yang betul di mata mereka.

"Haters sentiasa mencari jalan untuk membenci, sebab itu mereka dipanggil dengan nama demikian. Kenapa kami perlu fokus kepada segelintir yang berfikiran negatif sedangkan masih ada ratusan ribu lagi yang cukup positif dalam menerima apa yang saya dan isteri paparkan di laman sosial?

Klik gambar untuk size besar




"Justeru saya tidak terlalu memikirkan apa yang berlaku di laman sosial dengan terperinci kerana ia sekadar tempat untuk saya kongsikan gambar dan aktiviti harian kami. Kalau tak suka atau meluat, itu bukan masalah kami.

"Tiada apa yang perlu diperkatakan terhadap golongan negatif seperti ini. Bagi saya, mereka tidak wujud dalam kamus hidup ini, jadi ia sekadar membuang masa. Setiap institusi kekeluargaan ada cara yang tersendiri untuk dikendalikan. Keluarga saya tak mungkin sama dengan keluarga orang lain dan begitulah sebaliknya.

"Kepada mereka yang berasakan apa yang mereka lakukan itu sempurna, tidak mengapa. Teruskanlah berfikiran begitu asalkan jangan menghukum orang lain yang anda tak tahu sama ada apa yang mereka lakukan itu mungkin lebih betul, lebih baik atau mungkin lebih sempurna daripada apa yang anda mampu lakukan," ujar Awal dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: