10 August 2015

'JANDA BERHIAS' RAJA FARAH SELAMAT BERTUNANG, BAKAL KAHWIN



Akhirnya, Raja Farah menjawab teka-teki yang menyelubungi peminat dan media apabila dia bertunang pagi semalam dan sekaligus mengumumkan bakal berkahwin pada majlis terbuka yang diadakan semalam di Bukit Jelutong.

Meskipun baru tiga bulan bercerai, tapi nampaknya jodoh Raja Farah sudah ditentukan oleh Allah SWT. Namun begitu, tarikh perkahwinan dan siapakah gerangan bakal suaminya masih dirahsiakan.

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, Raja Farah merupakan 'janda berhias' di mana sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010, namun jodoh mereka berakhir pada 25 Mei lalu.

Bagaimanapun, ketika majlis pertunangan Raja Farah berlangsung... jemputan telah dapat menatap wajah bakal suaminya itu yang turut hadir. Apa yang boleh digambarkan, Raja Farah anggun mengenakan pakaian rekaan Ezuwan Ismail dan dia turut menerima dua bentuk cincin sebagai tanda merisik dan bertunang.

Paling menarik, pelamin bertunang telah disewa serta dipasang sendiri Raja Farah dan ahli keluarganya.



"Kami memang sepakat untuk bertunang pagi ini tapi tanpa kehadiran teman media. Gambar akan diedarkan jurugambar rasmi majlis iaitu Eddie Photo Video. Kad kahwin akan diedarkan. Tunggu sahaja jemputan daripada saya," ujar Raja Farah dipetik sebagai berkata.

"Saya sudah 'move on' dengan kisah lalu dan terus kehidupan mendatang. Saat talak jatuh lagi saya sudah bersedia untuk mencari kehidupan baharu dan menerima hakikat serta suratan hidup. Cuma tak sangka jodoh datang begitu cepat.

"Bagaimanapun bukan senang untuk saya terbuka hati dengan dia (bakal suami). Atas dasar memberi peluang dan melihat kesungguhannya saya buka ruang untuk mengenalinya," tambahnya.

























Sumber: BH
Foto kredit: BH, Raja Farah IG, Haslizali IG & Eddie Photo Video



         ________________________




No comments: