04 August 2015

KERANA NAK TOLONG MANGSA KEMALANGAN - LAN PET PET SANGGUP BAHAYA DIRI



Siapa yang tidak kenal dengan Lan Pet Pet... iaitu salah seorang ahli kumpulan lawak popular Senario. Meskipun kumpulan tersebut tidak sepopular dahulu, tetapi masih ramai lagi yang meminati lawak mereka yang bersahaja dan cukup menghiburkan itu.

Baru-baru ini, ada seorang wanita menerusi laman Facebooknya telah mendedahkan sifat baik hati Lan Pet Pet yang telah membantu mangsa kemalangan jalan raya.

Klik gambar untuk size besar




Menurut gadis dengan nama Fairuz Arshad, pelawak tersebut sanggup memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan raya bagi membantu mangsa kemalangan itu.

Memang agak bahaya apabila beliau sanggup menyeberangi jalan dari arah bertentangan untuk melihat sendiri keadaan mangsa. Lan Pet Pet memang cukup terkenal dengan sikapnya yang suka menolong orang ramai.

Moga-moga Lan Pet Pet sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Amin.









         ________________________




No comments: