05 August 2015

MESKIPUN BAKAL BERCERAI - ERMA & BADE MASIH KEKALKAN HUBUNGAN BAIK



Sebelum ini penerbit Erma Fatima mengesahkan bahawa beliau bakal bercerai dengan suami Bade Hj Azmi tetapi ramai yang tidak percaya dengan berita tersebut dan mereka mula tertanya-tanya apakah ia benar berlaku ataupun gosip sahaja kerana baru-baru ini, Erma dan Bade sama-sama menyambut Aidilfitri bersama keluarga Erma.

Menerusi gambar yang dimuat anik oleh Erma di laman IGnya, jelas terpancar kegembiraan di wajah Erma juga Bade disamping anak-anak mereka dan ahli keluarga yang lain.

Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, beliau melaporkan bahawa teman rapat Erma menjelaskan beliau sudah cuba untuk hidup bermadu sepanjang tempoh setahun lepas.

Klik gambar untuk size besar




Namun, ada beberapa perkara yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpisah dengan Bade tetapi Erma enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya kepada umum.

Walaubagaimanapun, semuanya bergantung pada takdir dan ketentuan ilahi, doakan yang terbaik buat mereka.





         ________________________




No comments: