26 August 2015

"SEBELUM INI SAYA TAK MEMPUNYAI AGAMA TETAP, GEMBIRA DAPAT PELUK ISLAM" - STACY



Stacy yang baru memeluk Islam ini memberitahu bahawa sepanjang kehidupannya, dia tidak mempunyai sebarang agama yang tetap dan hanya menganuti agama Kristian tiga tahun lepas, selepas keluarganya membuat keputusan untuk menganuti agama tersebut.

Stacy bagaimanapun tidak pernah menyesal kerana beragama Kristian sebelum ini, dia malah merasa lebih seronok dan gembira ketika dia sudah sah bergelar seorang muslim kelmarin.

"Sepanjang saya bernafas di bumi ini, saya tidak mempunyai pendirian agama yang tetap. Saya menganuti agama Kristian kira-kira 3 tahun yang lalu selepas keluarga saya membuat keputusan untuk menganuti agama Kritsian.

Klik gambar untuk size besar




"Saya berbesar hati menganuti agama Kristian, namun dalam hati saya alangkah seronok dan gembiranya saya memeluk agama Islam pada ketika itu," ujar Stacy dipetik sebagai berkata.

Berita Stacy memeluk agama Islam menjadi viral sejak kelmarin selepas satu video serta gambarnya sedang belajar mengucap dua kalimah syahadah disebarkan oleh invidu tidak bertanggungjawab.

Bukan sahaja Akim yang merasa bengang dengan tindakan individu tersebut malah Stacy juga turut merasa terkilan kerana ia merupakan privasinya. Penyebaran video tersebut sedikit sebanyak telah membuatnya agak terganggu.



Stacy memohon kepada semua tidak berkongsi atau memanjangkan isu ini serta memadam video ketika dia mengucapkan kalimah syahadah.

"Saya inginkan 'privacy' mengenai keinginan saya memeluk agama Islam. Setelah tersebar gambar dan video itu saya agak rasa terkilan dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab.

"Sepatutnya saya 'happy' dan raikan untuk diri saya sendiri, tetapi dek kerana penyebaran gambar itu saya agak terganggu. Bagi saya benda yang suci amat tidak wajar dihebahkan dan perlu menghormati sempadan saya," jelasnya.



         ________________________




No comments: