26 August 2015

YATT HAMZAH KINI SEORANG JANDA



Jika sebelum ini, rumah tangga Haryati Hamzah atau Yatt dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan. Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi apabila rumahtangga mereka yang dibina sejak 2009 itu berakhir semalam.

Difahamkan, Yatt dan Mutalib bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang.

Hal itu disahkan sendiri oleh Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp.

Klik gambar untuk size besar




"Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," jelasnya.

Manakala bagi Yatt pula, dia menerima suratan ini dengan tenang. Dia dan suami telah membuat perjanjian yang terbaik buat anak mereka.

"Ini yang terbaik untuk kami berdua buat masa ini. Alhamdulillah saya terima suratan ini dengan tenang. Ini yang Tuhan susun dan tulis di Loh Mahfuz. Saya meneruskan kehidupan macam biasa.

Malah saat ini, saya sibuk dengan beberapa agenda kerja. Selebihnya mengenai hati saya, cukup saya katakan Allah sahaja yang maha mengetahui," katanya.



"Kami masih berhubung dan berkawan baik. Cuma gelaran suami isteri itu sudah tiada. Doakan saya dan bekas suami kuat menerima ketentuan ini. Insya-Allah. Soal anak pun tak menjadi masalah kerana kami sudah berbincang.

Kami sudah melakukan perjanjian terbaik untuk anak kami. Harapnya ia tak akan menimbulkan masalah. Soal giliran menjaga itu sama sahaja seperti ibu bapa yang melalui perceraian. Tak ada isu rebut anak pun.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang kini berusia lima tahun.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: