26 August 2015

SAH BERHENTI KERJA DI TV3 - SAIFUL NIZAM INGIN FOKUS PADA PERNIAGAAN



Baru-baru ini, personaliti TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail dikatakan sudah berhenti kerja di TV3.

Beliau yang sudah berada lebih sedekad bersama TV3 yakni sejak menyertai Malaysian Top Host seangkatan dengan Nurul Syuhada Nurul Ain, pengacara yang juga ahli perniagaan mengesahkan yang beliau akan tinggalkan stesen tv popular Malaysia itu dan sudah menghantar notis sebulan berhenti kerja sejak dua hari lepas.

"Ya.. tapi saya tak mahu komen lebih," katanya ringkas.

Klik gambar untuk size besar




Tambah Saiful lagi, dia kini sedang diintai beberapa syarikat penyiaran untuk menawarkannya pekerjaan.

"Saya tak menafikan memang ada pelbagai tawaran yang kunjung tiba, cuma saya dalam proses mempertimbangkannya.



"Saya juga mahu fokus dalam dunia perniagaan. Tapi dunia pengacaraan yang sudah sebati dalam diri takkan ditinggalkan begitu sahaja. Doakan perjalanan saya akan lebih baik pada masa mendatang," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Saiful turut membantu isterinya itu menjalankan perniagaan butik pakaian 'CitrAida' di The Strands Kota Damansara.

Untuk rekod, Saiful berkahwin dengan juara pertandingan Gadis Melayu di TV9 dan dikurniakan dua orang anak, Aida Eirdeena dan Saif Eirham.







         ________________________




No comments: