06 September 2015

18 GAMBAR - KEITH FOO AKUI SUDAH BERKAHWIN, KINI BERADA DI GREECE



Jika sebelum ini, berita perkahwinan mereka ini didedahkan oleh isterinya di dalam majalah EH!, terkini empunya badan sendiri iaitu Keith Foo menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu yang dia sudah berkahwin dengan Kim Raymond hampir setahun lalu tetapi tiada sebarang majlis besar-besaran diadakan.

Difahamkan, pelakon drama Ariana Rose yang bakal muncul dengan filem Langit Cinta arahan Osman Ali itu kini berada di Santorini, Greece.

Keith kini terikat dengan penggambaran program Hola Spain bersama Keith Foo sebanyak 13 episod bagi siaran RTM.

Klik gambar untuk size besar




"Sudah lama kami daftarkan perkahwinan ini. Tak rahsiakan pun. Cuma kami memilih untuk menjadikannya privasi. Saya sendiri tak suka campur adukkan soal kerja dan peribadi dalam satu. Majlis berlangsung di rumah sahaja.

"Isteri pun ikut sama saya ke sini. Saya berada sebulan mengembara untuk rakaman program ini membabitkan tempat menarik di Sepanyol, Saint Tropez, Nice, Santorini, Paris dan London," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Diusik adakah kembara ini umpama ruang untuk mereka berbulan madu, Keith hanya tertawa manja seakan mengiyakan persoalan itu.

Kim dan Keith dijangka diraikan pada penghujung tahun ini di kampung halaman pelakon kacak berkenaan di Gemas, Negeri Sembilan.





































         ________________________




No comments: