09 September 2015

BAKAL IKUT JEJAK STACY - MASHA AKAN PELUK ISLAM BILA TIBA MASA



Marsha Milan Londoh tanpa berselindung memberitahu bahawa sekiranya suatu masa nanti dia terbuka hati untuk memeluk Islam, dia akan merahsiakan perkara tersebut daripada umum.

Alasan Marsha ialah kerana perkara tersebut adalah bersifat peribadi dan sensitif.

"Benda ini sangat personal, saya mungkin rahsiakan dan akan memberitahu apabila tiba masa yang sepatutnya," ujar penyanyi dan pelakon itu dipetik sebagai berkata.





Menjawab soalan mengenai rakannya Stacy yang telah memeluk Islam, katanya dia menyambut baik hijrah Stacy itu. Menurut Marsha, sebelum ini, Stacy sendiri pernah meminta pendapat darinya tentang hasratnya (Stacy) untuk memeluk Islam.

"Stacy pernah bertanyakan pendapat dan meminta pandangan dari saya mengenai hasratnya untuk memeluk agama Islam. Semua itu berlaku sebelum dia memeluk Islam lagi," kata Marsha ketika ditemui media di Majlis Tayangan Filem Jwanita.

"Saya berasa gembira apabila akhirnya Stacy telah memilih jalan yang dia mahukan selama ini. Saya anggap ia adalah ketentuan takdir untuk Stacy kerana dia telah menemui jalan yang dia mahukan selama ini. Malah Stacy juga sudah saya anggap seperti adik saya sendiri," tambahnya.




Sumber: RK



         ________________________




No comments: