23 September 2015

BANTU RUMAH KELUARGA MISKIN - NEELOFA DERMA RM10,000



Rasanya tidak ramai kalangan artis atau selebriti yang sanggup mengeluarkan duit sendiri berjumlah puluhan ribu ringgit untuk membantu keluarga miskin. Tetapi kalau membeli rumah mewah atau kereta mewah memang ramai yang sanggup sampai bergolok bergadai. Heh.

Bagaimanapun, baru-baru ini Neelofa telah tampil menyerlahkan kemurahan hatinya untuk menderma RM10,000. Wang tersebut adalah bagi membantu pembinaan rumah sepasang suami isteri di Pasir Mas Kelantan yang tidak mampu menyiapkan rumah mereka hampir sedekad. 





Apa yang menyedihkan, pasangan suami isteri itu hanya berpendapatan harian sekitar RM45 sahaja.

Tersentuh dengan kekurangan pasangan itu, Neelofa akhirnya telah menyalurkan sumbangan tersebut menerusi badan NGO Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil. Bagi yang belum tahu, NGO tersebut sering membantu golongan miskin termasuk mangsa banjir yang melanda Kelantan tahun lalu. 



Meskipun hanya RM10,000, namun wang sumbangan Neelofa itu mampu memberi manfaat kepada ramai pihak memerlukan.

Syabas Neelofa!



         ________________________




No comments: