08 September 2015

DIANA RAFAR 'KECEWA' DENGAN ZAMARUL HISYAM



Semua sedia maklum bahawa vape ataupun rokok elektronik ini memang dah jadi satu trend dekat Malaysia sekarang, mana-mana anda pergi mesti akan ada kaki vape yang berkumpul tidak kisah lelaki mahupun perempuan. Untuk pengetahuan anda, vape ini menggunakan wap dan bukannya tembakau.

Malah ada yang sanggup menghabiskan duit untuk memiliki mod terbaik dan pelbagai jenis perasa.

Begitu jugalah dengan Zamarul Hisham suami kepada Diana Rafar yang merupakan peminat vape dan beliau suka mengumpul pelbagai jenis mod.

Klik gambar untuk size besar




Kerana sikap suami yang suka membazir itu, Diana menerusi akaun Instagram telah meluahkan rasa 'kecewa' terhadap suaminya.

"Ya Allah tak dapat diungkap ngan kata2.. Hanya mampu memendam jelah... Nk tegur kang kecik hati pulak .. Minta tolong folowers kesayanganku semua tegur kan abg @zamarulhisham93 kita ni boleh tak...

"Tak kisah kalau dia nak hisap vape tp boleh tak suh dia berhenti kumpul vape pls... Dosa papa Allah marah membazir Allah tak suka... Semua colour semua brand dia nak beli...

"Cam mana nak buat ni???? rasa nak suh tutup je kedai vape @hembusvapor kat bawah ni???? vapeoff pls…. Sape sokong diana tolong bg nasihat kat @zamarulhisham93 .ni mesti semua geng abg lah ni sorry pa," luah Diana.













         ________________________




No comments: